Friday, 9 October 2009

Masihkah Belum Bersyukur

Jom kita menyanyi beramai-ramai. Peduli kalau tone dan piching melaut..belasah aja.
Ikut rentak lagu "Masihkah Kau Ingat" - Kopratasa
Kalau kena batang hidung sendiri gue tak jamin.

Masihkah belum bersyukur
Orang lain berpeluh ketiak cari kerja
Kita dalam air condt bersembang saja

Masihkah belum bersyukur
Sempat minum di luar member belanja

Masihkah belum bersyukur
Tak perlu naik bas atau jalan kaki
Pakai kereta minyak subsidi

Masihkah belum bersyukur
Masihkah belum bersyukur

Masihkah belum bersyukur
Waktu kecil bersekolah pagi
Diberi makan lagi
Dapat pergi universiti
Tapi loan belum bayar lagi
Masihkah belum bersyukur
Masihkah belum bersyukur

Masihkah belum bersyukur
Negara lain dilanda malapetaka
Tapi kita masih mampu bersuka

Masihkah belum bersyukur
Masihkah belum bersyukur

Masihkah belum bersyukur
Tuhan beri cukup anggota
Agar minda sentiasa terbuka
Orang lain dah lama kumpul harta
Sama sendiri berkelahi mengata
Tak malu buka pekung di dada
Masihkah belum bersyukur
Masihkah belum bersyukur

Masihkah belum bersyukur (100X)

2 comments:

  1. Hahah! nice one! ya namanya kita tok nang sik bersyukur langsung.

    ReplyDelete
  2. Eh boss, hello... please relink my blog. http://1001cuppas.blogspot.com.

    Thank you!

    ReplyDelete