Friday, 9 October 2009

Masihkah Belum Bersyukur

Jom kita menyanyi beramai-ramai. Peduli kalau tone dan piching melaut..belasah aja.
Ikut rentak lagu "Masihkah Kau Ingat" - Kopratasa
Kalau kena batang hidung sendiri gue tak jamin.

Masihkah belum bersyukur
Orang lain berpeluh ketiak cari kerja
Kita dalam air condt bersembang saja

Masihkah belum bersyukur
Sempat minum di luar member belanja

Masihkah belum bersyukur
Tak perlu naik bas atau jalan kaki
Pakai kereta minyak subsidi

Masihkah belum bersyukur
Masihkah belum bersyukur

Masihkah belum bersyukur
Waktu kecil bersekolah pagi
Diberi makan lagi
Dapat pergi universiti
Tapi loan belum bayar lagi
Masihkah belum bersyukur
Masihkah belum bersyukur

Masihkah belum bersyukur
Negara lain dilanda malapetaka
Tapi kita masih mampu bersuka

Masihkah belum bersyukur
Masihkah belum bersyukur

Masihkah belum bersyukur
Tuhan beri cukup anggota
Agar minda sentiasa terbuka
Orang lain dah lama kumpul harta
Sama sendiri berkelahi mengata
Tak malu buka pekung di dada
Masihkah belum bersyukur
Masihkah belum bersyukur

Masihkah belum bersyukur (100X)

Saturday, 3 October 2009

Cerita Pasal Kubur....


Semasa Hari Raya baru-baru semasa menziarahi saudara mara saya melihat kawasan perkuburan dikunjungi oleh ramai manusia....macam ada pesta. Lalu saya teringat satu artikel yang ditulis oleh seorang ustaz (dah lupa nama dia) dalam akhbar Berita Harian (kot...) yang mengatakan amalan mengujungi kubur tidak digalakkan pada waktu tertentu sahaja seperti Hari Raya takut menjadi amalan atau perayaan yang akan menyamai perayaan satu agama lain yang seumpamanya. Malah dikhuatiri mengunjungi kubur pada Hari Raya akan menimbulkan perasaan sedih yang mana sepatutnya pada hari tersebut kita bergumbira (tetapi bukan bersuka ria...).

Betul jua, mun nak sedekah baca yasin tak perlu tunggu Hari Raya dan tak perlu pergi ke kubur, cukup di rumah dan diamalkan setiap hari (tu pun kalau pandai baca Yasin).
Begitu juga kalau niat nak pergi membersihkan kubur saudara mara tak perlu tunggu bulan Ramadhan atau Syawal aja, bulan lain pun boleh buat. Kalau setahun sekali alamat tak jumpa batu nisan sebab lalang lebih panjang. Itu belum lagi kes nak cari nisan sebab tak pandai baca nama dalam tulisan jawi (kes selalu ponteng kelas atau bebal).

Seperti dikata tadi menziarahi tak semestinya pada Hari Raya saja tetapi lebih kerap lebih baik sebab boleh menimbulkan rasa insaf dan ingat akan mati . Tapi ada juga manusia yang hampeh mencari makan cara haram di kubur seperti menurun nombor ekor. Malaun-malaun ni jenis yang tak pandai takut atau faham dosa pahala (nak takut apa dah memang spesis hantu).

Ada jua orang tak mahu berumah berdekatan kubur, ada pantang larang. Bagi saya tak ada hal sebab rumah di kampung pun berdekatan kubur, rumah menyewa dulu pun depan kubur (Kristian), malah rumah sekarang pun dekat kampung ada nama kubur, belum kena cekik hantu lagi. Tapi yang pasti kita tak tahu akan dikuburkan dimana (kecuali dah tempah dah la).