Tuesday, 29 September 2009

Kerajaan Cari Jalan Kurang Perbelanjaan

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mencari jalan untuk mengurangkan perbelanjaannya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Meskipun mungkin terdapat sedikit pengurangan dari segi perbelanjaan operasi, ia tidak akan menjejaskan kecekapan kerajaan," katanya pada sidang akhbar selepas diberi taklimat oleh Lembaga Pengarah Bank Negara, di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan ketika ini membelanjakan tambahan RM1 bilion sebulan, melebihi kebiasaannya, berikutan langkah suntikan modal yang diperkenalkan.

Beliau juga berkata kerajaan komited kepada perbelanjaan ini sehingga akhir 2010.

"Selepas 2010, kami berharap persekitaran ekonomi luar akan bertambah baik, dengan momentum dalam dan luar negara yang mencukupi bagi memastikan Malaysia berada di landasan yang lebih positif dari segi pertumbuhan ekonomi," katanya.

Najib berkata, perbelanjaan kerajaan perlu lebih berhemat dari segi nilai untuk wang, yang juga termasuk pemerolehan.

Beliau berkata di masa depan, subsidi yang lebih disasarkan, perlu diberikan kepada rakyat yang memerlukannya.

"Kami menyedari akan keperluan untuk mengurangkan defisit fiskal," katanya.

Kerajaan mengunjurkan bahawa bajet defisit mencecah 7.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini. - Bernama

Friday, 11 September 2009

PANTUN RAYA

Awal Ramadhan ramai terawih berjamaah
Akhir Ramahan suray masjid makin lenggang
Ramai sibuk mengemas rumah
Tak kurang juga dah prepare nak pulang kampung

Musim perayaan ada operasi sikap
Agar selamat bertemu rakan dan taulan
Tak kurang juga ada posa tak lengkap
Tapi beraya lebih sebulan

KECELAKAAN DI MUSIM PERAYAAN


Berhati-hati memandu di jalan raya semasa musim perayaan.
Biar perayaan dismbut dengan kegembiraan bukan dengan tangisan.
Semoga tahun ini kita tidak mendengar lebih banyak kecelakaan jalan raya seperti tahun-tahun sebelum ini

Thursday, 10 September 2009

SELAMAT HARI RAYA


SAPA-SAPA TAK POSA JANGAN MIMPI NAK RAYA!!!!!!